Tuesday 31 May 2011

Koko Klon antara yang Terbaik..

Koko klon merupakan koko yang terbaik dan mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia. Biji koko klon mempunyai gred yang terbaik bagi produk-produk seperti kosmetik dan sebagainya. Terdapat lebih kurang 70 jenis klon yang terbaik yang dihasilkan dari penyelidikan LKM.


Penjagaan Anak Pokok Koko

Secara keseluruhannya penjagaan anak pokok koko ini menggunakan mesin dan peralatan terkini dan penjagaan dari serangan serangga dibuat secara bersekala dan mengikut peredaran musim. Baja dan racun serangga yang digunakan merupakan bahan yang telah dikaji dan diselidiki oleh bahagian teknikal kimia Lembaga Koko Malaysia.

Monday 30 May 2011

Nursery Anak Pokok Koko

Gambar dibawah merupakan nursery anak pokok koko yang terletak di kawasan Sungkai. Kawasan ini adalah seluas 1 ekar setengah dan didalamnya terdapat lebih dari seratus ribu anak pokok koko yang disemai secara berperingkat-peringkat.


Friday 27 May 2011

Fami Cheah Enterprice (Pembekal Anak pokok koko bagi Lembaga Koko Malaysia )

Saya merupakan tuan punya syarikat Fami Cheah Enterprice yang mana kami menyediakan dan membekalkan benih anak pokok koko dibawah kendalian Lembaga Koko Malaysia. Kami menyelenggarakan penghantaran dan pengagihan benih koko sekitar kawasan Utara Malaysia dari Perlis hingga ke Tanjong Malim Perak. Kami telah terlibat dengan penghasilan anak pokok koko ini sejak 6 tahun lepas dan pelbagai teknik dan cara digunakan dalam memastikan hasil benih koko ini merupakan yang terbaik.

    Terdapat dua jenis anak pokok koko yang dibekalkan iaitu jenis biasa dalam harga (RM3) sepokok dan jenis klon dalam sekitar harga RM10 sepokok.

Selain daripada menyediakan benih pokok untuk Lembaga Koko Malaysia,kami juga menyediakan perkhidmatan penjagaan pokok koko mengikut kehendak pelanggan. Kebiasaannya kami menjaga tanaman selama setahun sebelum kami serahkan semula tanaman tersebut kepada tuannya. Antara perkhidmatan lain yang kami sediakan adalah :


  • Pembekal utama benih pokok koko untuk Lembaga Koko Malaysia
  • Menjual anak pokok koko biasa dan klon
  • Perkhidmatan menjaga tanaman koko
  • Penghantaran benih koko
  • Pengklonan pokok koko lama

Hasil Koko

   Koko merupakan antara tanaman utama negara yang banyak membantu didalam peningkatan hasil sumber negara. Produk dari pokok koko selalunya akan mendapat permintaan yang tinggi terutama coklat. Di Malaysia koko merupakan tanaman komoditi yang ketiga selepas kelapa sawit dan getah.
    Selain digunakan dalam pembuatan coklat dan konfeksi, lemak koko yang merupakan lemak semulajadi dan mempunyai ciri-ciri mesra terhadap kulit yang sudah lama dikenali oleh kaun Aztecs,juga digunakan sebagai salah satu bahan mentah dalam pembuatan barangan kosmetik,penjagaan diri dan farmaseutikal.
   Oleh yang demikian tidak salah lah kita mengatakan koko merupakan satu sumber pelbagai guna yang sangat penting dinegara ini.

   Satu fakta dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan Malaysia hanya menggunakan 3% dari sumber koko dalaman untuk menghasilkan produk dan selebihnya ianya di import dari negara luar. Jadi tidak hairanlah Lembaga Koko Malaysia sangat-sangat menggalakkan rakyat Malaysia menceburi bidang penanaman koko ini.